Sekolah ini telah dibina diatas sebidang tanah di mukim Ulu Kinta dengan jumlah keluasan yang digunakan kira - kira 6.2 hektar yang mengandungi dua pecahan tapak seperti berikut :
SKBBP : Keluasan (6.83 ekar atau 2.76 hektar atau 27630 meter) Rezab SMBBP : Keluasan (8.53 ekar atau 3.45 hektar atau 34523 meter) Namun begitu sehingga hari ini, tapak SMBBP masih belum dibangunkan dan dengan itu kelihatan SKBBP sebuah sekolah yang mempunyai luas tanah yang sangat besar. Proses pembukaan sekolah ini nampak dengan jelas akan dilaksanakan apabila pihak JPNP dan PPD Kinta telah melantik dan menempatkan Pengurus Operasi (Caretaker) bagi sekolah ini pada 16 Jun 2001 iaitu En. Nor Din Bin Mohamed Salleh. Proses - proses berikutnya lebih menyakinkan bahawa sekolah ini akan memulakan operasi seawal Januari 2002 apabila peralatan dan bekalan dari pihak KPM dan JPNP mencurah - curah masuk ke sekolah ini dan akhirnya pada 18 September 2001 Tuan PPD Kinta secara rasminya telah memaklumkan bahawa SKBBP akan mula beroperasi pada hari pertama sessi persekolahan 2002.
|